SELAMAT DATANG DI MTsN BUKIT BUNIAN BUKAREH

.

.

Senin, 14 November 2011


Assalamualaikum Wr.Wb.

Marilah kita bersyukur kehadirat Illahi Rabbi , yang telah melimpahkan rahmat dan anugerah serta hidayah – Nya kepada kita.Semoga yang Maha Kuasa selalu meridloi segala usaha kita dalam upaya meningkatkan mutu pendidikan.

Web MTsN Bukareh dibuat sebagai media informasi dan komunikasi bagi sekolah untuk memberikan informasi yang akurat, lengkap, utuh dan terpecaya tentang MTsN Bukareh sehingga dapat dijadikan sebagai media komunikasi yang efektif antara MTsN Bukareh dengan masyarakat luas.



Web ini juga memuat Visi, dan Misi serta informasi lain tentang MTsN Bukareh yang selalu berbenah dan mengembangkan diri untuk menjadi sekolah yang terdepan . Terima kasih kami sampaikan kepada semua pihak yang telah membantu menyelesaikan pembuatan Web MTsN Bukareh ini, semoga Web ini dapat bermanfaat dan berguna sebagai mana mestinya.



Wassalamualaikum Wr. Wb

Kepala MTsN Bukareh

MULYANDRI, S.Pd

Kamis, 27 Oktober 2011

Bagaimana upaya mengatasi Keburukan Internet...?

Hari ini, internet merupakan salah satu media yang paling utama dan paling penting. Internet boleh dikatakan menjadi sumber rujukan utama dalam mengetahui tentang isu-isu semasa tempatan dan juga luar negara. Internet juga merupakan media hiburan utama bagi remaja-remaja dan juga golongan dewasa. Namun begiitu, terdapat juga segelintir pihak yang telah menyalahgunakan kemudahan internet ini. Kemudahan internet telah disalahgunakan dengan dijadikan media atau sumber untuk melawat ke laman web pornografi.

Sebagai langkah berjaga-jaga, disamping untuk mengelakkan masalah ini kian berleluasa di kalangan remaja dan kanak-kanak terutamanya, beberapa langkah mengatasi haruslah diambil. Pendekatan haruslah diambil melalui pencegahan di rumah dan di sekolah. Di rumah, ibu bapa haruslah memantau aktiviti internet anak-anak mereka. Memandangkan internet telah menjadi keperluan utama, melarang mereka daripada menggunakan internet amatlah tidak wajar. Namun, langkah-langkah pemantauan amatlah berkesan dalam mengatasi masalah ini.Selain itu, di sekolah juga pemantauan haruslah dilakukan oleh guru-guru yang bertugas, memandangkan proses pembelajaran dan pengajaran sekarang banyak menggunakan internet. Selain itu, nilai-nilai murni juga wajar diterapkan di dalam minda remaja-remaja bagi mengelakkan masalah ini daripada bertambah teruk.

Selain itu juga, mengehadkan penggunaan internet juga merupakan salah satu langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini. Penggunaan internet boleh dilakukan dengan mengehadkan masa penggunaan ataupun mengehadkan jenis laman web yang boleh dilawati. Had penggunaan ini boleh dilakukan di rumah, di sekolah, dan di Pusat Siber Kafe. Had penggunaan internet wajar dulakukan kepada kanak-kanak bawah umur bagi mengelakkan kerosakan moral anak-anak remaja kita. Disamping itu juga, pengehadan penggunaan internet juga boleh membendung golongan bawah umur daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.

Penggunaan perisian internet yang dapat menyekat akses ke laman web yang tidak bermoral ini juga merupakan salah satu langkah yang amat efisien dalam usaha untuk mengurangkan masalah ini. Penggunaan perisian ini sewajarnya telah diketahui umum kerana ianya merupakan salah satu jalan yang paling naik dalam mengelakkan masalah penyalahgunaan internet. Perisian ini wajar digunakan di institusi-institusi pengajian tinggi dan pejabat-pejabat besar. Perisian ini mampu menghalang akses ke laman web yang tidak bermoral ini.

Sebagai kesimpulan, masalah penyalahgunaan internet ini wajar dibendung kerana ia akan merosakkan moral muda-mudi dan remaja kita. Justeru, langkah-langkah pencegahan seperti yang saya sebutkan di atas amatlah wajar dilaksanakan. (Dipublikasikan kembali oleh Saidina Edi)

Minggu, 29 Agustus 2010

Ibadah Puasa

Assalamu'alaikum wrh.

Ibadah puasa adalah termasuk dalam rukun Islam. Ini bermakna puasa termasuk ibadah yang terpokok. Yang menjadi perkara asas untuk membina peribadi Muslim. Apa yang ada pada puasa hingga dipilih ALLAH untuk masuk senarai rukun Islam? Mula-mula orang yang ingin pada Islam disuruh buat pengakuan dan kesaksian keyakinannya pada ALLAH dan Rasul: "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Muhammad itu pesuruh ALLAH."

Pengakuan ini kemudian disuruh buktikan melalui sembahyang. Berbagai ikrar, janji dan harapan kita bisikkan kepada ALLAH sewaktu sembahyang demi membuktikan kita taat tunduk (rukuk dan sujud) kepada-Nya. Menyatakan kerelaan fizikal dan mental kita menyerah diri kepada ALLAH. Menajamkan rasa

kehambaan di dalam hati dan menyuburkan rasa berTuhan di dalam jiwa.

Ibadah puasa jatuh nombor ketiga iaitu selepas ibadah sembahyang. Maksudnya, selepas membuat pengakuan taat setia, maka kita diuji dengan suatu perintah aneh iaitu puasa. Kita tidak dibenarkan makan disiang hari selama sebulan sekalipun lapar dan makanan ada dihadapan mata. Ertinya ALLAH mahu mendidik kita untuk

susah, berletih lesu, menahan keinginan pada sesuatu sekalipun ia ada di hadapan mata. Bukankah itu aneh? Orang yang jahil dan kurang faham akan menganggap ia

sebagai suatu penyiksaan dan bebanan lantaran itu berlalunya Ramadhan disambut dengan riang. Apa sebenarnya yang ALLAH kehendaki dari puasa?

Menahan keinginan terhadap sesuatu yang kita ingini adalah sesuatu yang perlu dan penting. Istilah kecewa atau frust lahir dari seseorang yang tidak dapat

menahan hati dari keinginan yang tidak tercapai. Dan kecewa adalah penyakit lumrah dalam masyarakat kini. Terkadang penyakit kecewa boleh membawa manusia kepada pelbagai lagi penyakit-penyakit jiwa yang lain.

Dan ini akan terus berlaku sebab kehidupan manusia selalunya terlalu banyak keinginan-keinginan yang tidak tercapai. Walau betapa bijak, kaya dan berkuasa

seseorang itu, dia tentu tidak dapat menolak taqdir ALLAH. ALLAH sudah tentukan bahawa tiap manusia itu akan diuji.

Tidak tahu sabar adalah suatu kekurangan yang merbahaya. Terlalu banyak perkara di dalam kehidupan yang meminta agar kita dapat berlaku sabar. Di dalam

menunaikan perintah-perintah ALLAH, di dalam menghadapi musibah dan kesabaran yang paling utama adalah bersabar di dalam meninggalkan

larangan-larangan ALLAH lahir dan bathin.
Imam Bukhari ketika bermunajat dengan ALLAH berbisik-bisik:- "Bukan aku tidak sabar dengan ujian-Mu ya ALLAH, cuma hendak mengadu pada Mu, tempat aku kembali nanti. Memohon ketenangan, keampunan dan mutmainnah."

Begitulah seharusnya hati orang Mukmin tatkala berhadapan dengan persoalan hidup. Mereka tunduk dan patuh kepada kehendak ALLAH kerana merasakan

segala-gala yang berlaku adalah dengan keizinan dan kemahuan ALLAH. Malah mereka memuji-muji ALLAH kerana Maha Bijaksana dan Maha Adil-Nya melakukan kejadian itu. Kalau ujian berupa nikmat, mereka bersyukur bersama airmata kesyukuran dan kalau berupa kesusahan, mereka bersabar dan redha bersama airmata kesabaran.

UNTUK TUJUAN INILAH PUASA ITU DIPERINTAHKAN. ALLAH TENTUKAN KEHIDUPAN DI DUNIA ADALAH PERGILIRAN NIKMAT

DAN UJIAN. DAN KEBAHAGIAAN SEBENAR IALAH PADA MEREKA YANG BOLEH BERSYUKUR DAN BERSABAR. SEBAB ITU ALLAH

MAHU DIDIK MANUSIA KE ARAH ITU.

Bila kita berpuasa bererti kita mengajak diri kita bersabar terhadap keinginan kerana ALLAH, bukan kerana lain-lain. Dan kalau ini dilatih, dibiasakan selama

sebulan, ertinya kita membuat latihan jiwa untuk bersabar, untuk patuh menanggung kesusahan kerana

ALLAH.

Jiwa yang apabila berhadapan dengan kejadian yang malang, kecewa, hampa, susah dan kegagalan akan tunduk dan sabar dengan ALLAH, kerana ALLAH. Kita boleh berikhtiar untuk elakkan kemalangan itu tapi bukan dengan hati yang panas, marah-marah dan memberontak. Sebaliknya kesabaran menghadapi ujian semakin meningkatkan rasa kehambaan di dalam hati kerana merasakan lemahnya dia untuk menolak taqdir dan kuasa ALLAH. Inilah jiwa yang tenang.

Seseorang yang merasakan puasanya selama ini tidak membuatkan jiwanya mahu bersabar dengan keinginan yang tidak tercapai, kesusahan dan kegagalan, samalah dengan orang yang tidak berpuasa. Maka kalau puasa tidak membuahkan akhlak yang mulia dengan ALLAH dan sesama manusia, maka jadilah puasa itu sepertimana sabda Rasulullah; "Tidaklah diperolehi apa-apa dari puasa itu melainkan hanya lapar dan dahaga."


Kita berlindung dengan ALLAH daripada kerugian demikian.

Wassalam.
Silabus-RPP IPS h1

Silabus-RPP TIK

August 29, 2010

Assalamualaikum teman-teman guru TIK

Bila ada diantara teman-teman yang belum mempunyai silabus maupun RPP mapel TIK, mungkin informasi ini dapat sedikit membantu kebutuhan anda. Silabus dan RPP ini sebenarnya dapat disesuaikan dengan kondisi masing-masing sekolah. Namun setidaknya dapat dijadikan sebagai acuan dalam penyusunan atau pembuatan silabus-RPP. Silahkan file-file di bawah ini dapat di download, terima kasih.

silabus-tik-7.doc

silabus-tik-8.doc

silabus-tik-9.doc

rpp-tik-7.doc

rpp-tik-8.doc

rpp-tik-9.doc

Semoga bermanfaat

Wassalamualaikum

edi chandra. S.Sos.I

Senin, 01 Juni 2009

Renungan

Seorang murid yang cerdas tapi malas, akan tumbuh menjadi orang dewasa yang kecil, tetapi yang merendahkan kecerdasan orang-orang besar disekitarnya. Seorang murid yang bersahaja kecerdasannya, tetapi rajin belajar dan bekerja akan tumbuh menjadi orang besar yang bersahaja sikapnya.
Persiapan terbaik bagi masa depan adalah penyelesaian terbaik dari tugas-rugas kita hari ini. Mungkin karena tidak melihat hubungan antara apa yang dikerjakan hari ini, dengan apa yang bisa dicapainya dimasa depan, ada orang yang menyepelekan pekerjaan-pekerjaan kecil. Padahal, semua hasil besar adalah rangkaian cantik dari hasil-hasil kecil yang dikumpulkan sepanjang hari-hari kerja kita.
Maka bila sulit bagi Anda untuk melihat masa depan yang cemerlang, tetapkanlah pandangan Anda kepada apapun yang sedang Anda kerjakan, dan perlakukanlah ia seperti hidup Anda betul-betul bergantung padanya. Bila Anda menjadikan sikap itu sebagai bagian dari mesin pribadi Anda, Anda akan terkejutkan dengan bagaimana cepatnya Anda mencapai keadaan yang Anda impi-impikan itu.